Wednesday, April 29, 2009

mabuk laksa

semalam emak telah memasak laksa dgn jumlah yang agak banyak
so me being one hantu laksa that i am
adalah sangat bersyukur tak terkata ke hadrat ilahi kerana membuka pintu hati emak untuk memasak laksa tersebut
seperti biasa, aku adalah malas membantu di dapor dan tugasan itu telah diambil alih oleh dora
tetapi apabila lena ku diganggu oleh kepanasan maka aku pon membangunkan diri dan menolong mencarik2 daun pudina, merebus dan mengopek kulit telur bagi santapan perut aku jua lah hendaknya
kemudian aku pon tolong2 la menyebok didapor dgn tujuan sebenar untuk memakan laksa dan dan itu juga lah

aku telah mengetahui yang kuah telah siap begitu juga dengan laksa
cuma telur sedang direbus dan bahan2 daunan yang kewujudan mereka tidaklah begitu penting sepenting kehadiran kuah dan laksa itu sendiri
maka dengan gelojohnya dan tdak tertahan lagi aku ingin menggunakn mangkuk plastik tuk mkn shj laksa tersebut tnpa mengambil mangkuk kaca
tetapi telah dimarahi emak
jikalau diikutkn napsu mkn yg bergelodak ketika itu
apa yg sempat dicapai akan aku gunakn untuk memakan laksa
hatta periuk nasik sekali pon
jd nye aku menuju la ke dalam rumah untuk mengambil mangkuk kaca dan dengan tangan yg menggigil2 seperti serangan parkinson aku menyuruh dora yg ketika itu sedang menyalin laksa ke dalam bekas yg sesuai untuk membubuh sedikit kedalam mangkuk aku
berbekalkn laksa dan kuah tanpa bhn2 lain
aku pon tekun memakan dan suasana yang tadinya agak bingit kembali aman damai
seperti terbangnya si garuda setelah melanggar negeri berdaulat

memandangakn membazir adalah amalan sang setan yg direjam
aku tdak lah mahu membazirkn laksa tersebut
jadinya lebih kurang 2jam kemudian
semangkuk laksa telah dibelasah oleh aku
mangkuk ke tiga menyusul beberapa jam kemudian dan penutup pada malam itu setelah aku menasihati dan menginsafi diri bhw aku sedang berdiet dan memakan dalam jumlah yang byk seperti ini amat memudaratkn berat badan aku
akhirnya setelah membuncit selepas memakan kali ke-4
aku pon tersandar kekenyangan sambil menonton cte betty yo soy la fae (the ugly betty)

kemudian aku mendapat pencerahan agung dan membaca notes plant smbil baring2 di atas katil
tetapi tdak lama kemudian, aku seperti terawang2an lalu image laksa kembali bermain2 di benakku
panggilan telepon pd pukul 11.30 telah menyedarkn aku yg rupe2nye aku adalah tertido sehingga bermimpikan laksa juga hendaknya

setelah menimbal baik buruk perbuatan aku ketika aku
aku mengambil langkah terbaik dengan menyambung tdo supaya image laksa yg menyelerakn itu tdak akan meninggalkn aku
tetapi impian hanya tggl angan2
setelah puas aku memejam mata sehingga lah ke pukul 9 am keesokan harinya
laksa tdak juga muncul kembali menghiasi mimpi ku

pagi ini tidurku hampir terganggu kerana aku merasakn ingin wii2
sehinggakan aku nyaris terwii2 di atas katil tetapi setelah aku yakin yg aku belum lagi membasahkn katil
aku bertindak tdo semula dan aku kini amat bsyukur tdak terbeseh diatas katil diatas perbuatan menahan wii2
walau apa pon pengorbanan yang aku lakukan
laksa tdak juga kembali ke dalam tidur ku

akhirnya hari ini akibat memakan terlalu banyak
perut ku bagai belon yang dipenuhi angin

walaupon begitu
pagi ini emak telah membuat cekodok pisang kegemaran aku lalu tanpa keinsafan yang berkekalan
aku sekali lagi telah membedal cekodok dengan jaya nya
kemudian tghari ini aku telah memanaskn lebihan laksa dan memakan sehingga buncit kembali

bila lah aku akan memiliki perut yang ramping jika aktiviti memakan secara gelojoh dan tdak berhingga ini berterusan
*sigh*

oh, setakat ini
aku hanya berjaya membaca 6 slides dari notes plants yg berkoyan2 itu
mati lah aku jika keadaan ini berterusan

aku mabuk laksa dan malas study
sila lah menasihati (atau memarahi) aku

okla. aku nk mencari ketenangan (bukan dgn memakan laksa kerana laksa telah habis =()
taa!

3 comments:

buangmasakatleberi said...

lebey baik mabuk laksa dr mabuk lain
hehhehe
nway gudluck for 2morow paper:)

kama said...

last paper due 4th may la mek
nway, thx in advance

mek, baillieu pon something wrong somewhere ok
biomed pon same je
esp kt basement tuh
kecoh je mek ni

btw, kt um ni skrg ade vending machine yg mcm jual snickers mars jelly gum etc kt luar lbry tu
cume nye kt sini die letak twisties n roti2 jem n kacang
atleast ade imprvemnt
oh ye, ade jgak machine jual kopi etc pns n sejuk
berharga dlm rm0.70-rm1
murah kn?

Sya Sakura said...

waaa.. heaven nye dpt makan laksa! Aku dh dekat berbulan tak makan laksa ni.. jeles!

waaaa, nk semangkuk blh? =)