Thursday, May 7, 2009

nothing lasts forever

***************************************************

What cannot be cured with medicaments is cured by the
knife, what the knife cannot cure is cured with the searing
iron, and whatever this cannot cure must be considered
incurable.
-Hippocrates, circa 480 b.c.

***************************************************

i'm totally, absolutely incurable then
*sigh*
---------------------------------------

apakah yang boleh dilakukan dikala cuti begini?
internet dan laptop sangat tidak membantu
in fact, aku mungkin terdedah kepada penyakit angin ahmar jika berterusan mencuba mendownload dan mendownload dan mendownload cerita yang sama berulang kali kerana laptop akan shut down dengan sendiri nya ketika menonton half way cerita itu

selera makan yang membuak2 sejak kebelakangan ini juga amat membimbangkan
kerana aku dengan jaya nya telah menaikkn sekilo berat badan sepanjang lebih kurang 3hari dirumah
jika keadaan ini berterusan, adalah berkemungkinan besar anda akan melihat aku beraksi didalam rancangan who's the biggest loser musim akan datang
(malangnya rancangan itu tidak disiarkan di malaysia)

oh cepat lah isnin

walaupon aku sangat suka kan musim cuti
tetapi aku tidak suka kesangapan dikala musim cuti
aku rasa aktiviti tidur siang dan malam yang keterlaluan menyumbangkan lagi ke atas penambahan lemak2 dibadan
tetapi indah nya tidur sehingga termimpi2 makan donat dan juga bermimpi muka ditumbuhi jerawat penuh didahi
sangat menakutkan
tetapi itu tetap tidak menggugat prestasi tidur aku
agak pelik juga kerana mimpi seakan akan bersambung sambung
dan sedari aku jarang bermimpi dihari2 biasa
ini menambahkan lagi kesungguhan aku untuk tidur dengan lebih lanjut

ok baiklah
kemerapuan ini seperti tidak berpenghujung
aku telah mendownload sebuah buku cerita jadi nya aku ingin menumpukan sepenuh perhatian ke atas buku ini
sekian
salam sayang peluk cium buat semua

taa!




No comments: