Sunday, June 7, 2009

how do u spend ur time?

aku adalah mempunyai terlalu banyak masa terluang sekarang sehinggakan tidak tahu la pulak ingin membuat apa dikala kesengganggan tersebut.
sewaktu masih berada di semester 2, aku telah menemui (mcm jumpa harta karun la pulak kn) suatu program yang lebih kurang macam photoshop la jugak. tapi agak ringan bagi laptop aku yang agak sarat dengan sampah. jadinya, sekarang barulah mempunyai masa untuk meng-explore program tersebut.

jadi inilah hasilnya

heh. sebenarnya banyak la jugak gambar yang telah di-edit tetapi ini sahaja yang boleh dipamerkn disini memandangkan risiko untuk muntah hijau amat tinggi jika gambar2 lain dipamerkan jugak.

rindu kt makhluk2 didalam gmbar diatas.

mek sila spot satu gambar yang saje org capub kn untuk mek. heh. mintak halal ek mek dunia akhirat.

oh, selain perbuatan mengedit gamba, menonton cita korea atau naruto shiipuden, aku jugak ber-excercise. sila jangan terkejut sehingga koma pula ye.

rasa macam perut dah kurus sikit sekarang. bagus. tingkatkan usaha. lets do bicycle kick.

kenapa bicycle kick?
- sebab senang x payah berlari sehingga termengah2
- boleh dilakukan dibawah hembusan kipas atau angin sepoi2 bahasa dari ekon
- lepas buat boleh terus tidur atau berbaring (motif utama excercise tidak dicapai)
- xsakit2 badan tapi perut sakit menandakan perbuatan ini mendatangkan hasil di area perut
- kemungkinan besar boleh menjadikan kaki cantik tidak dibaluti selulit yang hina

bagaimana ingin belajar membuat bicycle kick?
- pergi ke youtube dan type la bicycle kick atau pilates for beginners (ceyyy..wt pilates rupenye)

bahan2 untuk bicycle kick
- tiada (cuma perlu badan anda sahaja)

selain itu, pada mula nya aku adalah berminat untuk membuat senamrobik dan telah pon meng-youtube video basic body step. akan tetapi macam susah la pulak dan seperti memerlukan satu platform tu yang tidak lah aku ketahui namanya. selain itu, perlu lah pulak memakai running shoe dan aku adalah tidak ada running shoes melainkan kasut jalan nike yg berat itu. jikalau hendak membeli sepasang semata2 untuk senamrobik seperti poyo la pulak apa tah lagi jika ianya hanya lah hot2 chicken sh*t semata2.

okla. kepada semua, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi (dah macam melodi lah pulak). apa2 pon, selamat bersuka-ria di hujung minggu.

taa!

No comments: