Tuesday, June 16, 2009

kegembiraan berganda

adalah dengan ini aku ingin memaklumkan yang payed telah kembali ke pangkuan kami. so i'm officially sangat hepi tak tergambar oleh perkataan sampai menitiskn air mata. bodo je. nasib baik berjaya meng-cover dengan jaya nya walaupon aku rase dora adalah ternampak peristiwa tersebut.

apa2 pon, adalah sangat berbaloi aku mbuat entry pasal kehilangan payed itu. dia betul2 seperti membaca luahan hati aku dan akhirnya selamat pulang kerumah.

mak kata mungkin payed tak balik kerumah beberapa hari kerana pergi berubat. oh, payed bukan terkena buatan orang ye. kemungkinan besar dia tercedera didalam pertarungan sesame jenis bagi merebut kawasan jajahan atau mungkin juga akibat dari pergaduhan antara species jadi dia tidak mahu kami risau melihatkan keadaan nya yang mungkin parah. lalu dia bertekad untuk merawat dahulu luka2 dibadan dengan memakan daun2 kayu (wth) dan apabila telah pulih baru lah dia memunculkn diri. ini hanya lah teori kami anak-beranak idea asal dari emak.

apa2 pon semalam bila aku ternampak je dia dok berehat2 itu aku pon menjerit kegembiraan smbil terus dia berjalan secara gedik ke arah aku. dan biasalah, walaupon berdaki, kau tetap menjadi pujaan ku payed. so sekarang aku adalah lega. tak perlu lah aku mengambil anak kucing megat yang kurus seperti tidak cukup makan itu. kasihan.

aku rasa selama dia mnghilangkan diri ini mesti dia terdengar jeritan aku setiap kali aku keluar dr rumah. dan aku rasa pasti payed dok gelak kan aku secara diam2 kerana dh hilang barulah aku sibuk dan mencari padahal wktu dok depan mata aku aseklah mengutuk dan mengeji nya. ya sekarang aku telah mendapat pengajaran. tapi aku tak tahu apa peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi ini.

ok. lupakan kisah itu. masuk pulak pasal labwork.

labwork adalah sangat memenatkan. 22 sample telah sampai semalam jadi 1st stage of extraction dah berjalan dan hari ini lebih kurang 17 sample sampai lagi. jadi esok separation akan bermula maka hal2 yang lagi memenatkan akan bermulalah jua. total sample adalah 100 atau lebih. jadi aku rasa aku memerlukan vitamin untuk kekal aktif dan ceria.

seperti pucuk dicita ulam mendatang (wah hebat!), aku telah menjumpai vitamin yang sesuai tetapi dose nya agak terlebih sehingga kan kesan nya tidak mampu untuk diselindungkan lagi. tolong lah geng sedut sepak aku jika perkara seperti td berulang lg agar aku kembali insaf ke pangkal jalan.

td kak shu telah datang ke lab membuat lawatan rasmi dan kami telah dibelanja lunch di air tembikai. seronok dapat kesana kerana..hanya ada yang mengerti. shushhh ye ada. heh. mode gedik semakin berleluasa.

okla, aku sangat penat sejak masuk lab ini. pukul 10 dah mengantuk dan sekarang ini aku terasa seperti ingin menidurkan diri. agaknya begini lah rutin apabila sudah mula bekerja kan. pasti terasa penat seperti sampah.

apa2 terima kasih pada yang doakan keselamatan payed. dan aku harap anda semua menjalani hari yang ceria dan bermakna.

taa!

No comments: