Sunday, June 21, 2009

at last..

pheww..akhirnya. i can go online. (chehs, bunyik macam kan ape je). hihi. internet was down since friday for wutever reason. aku tidaklah kuasa ingin mengkaji. mungkin sbb oboy tak bayar la kot. tapi mustahil la pulak. dia mesti bayar, cuma selalu lambat. ataupon biasa la..maxis la problemo kot. anyway, sekarang dh boleh online, aku malaslah mahu banyak bunyik.

last week was exhausting one. lab work took much of my time and energy. work from 9-6 most of the days. sampai je kat lab pukul 9 terus start wat keje. tak payah ada punch card, me n my group members dah macam pekerja buruh terlatih. well, we were quite blur on the 1st day. but things went smoothly afterwards sebab dah plan apa yang patut buat n work+time management pon dah bagus.

and surprisingly, i never thought tht i can stay in the lab for long hours and be happy about it. those who knew me will surely understand what will happen during hari2 yang ada lab 3jam dulu. i can get moody lepas blk rumah sebab sangat penat. sekarang pon penat. mana tak nya, almost 9hours buat kerja so bila sampai rumah badan adalah seperti sawi busuk. layu tak bermaya tapi tetap menten wangi ok.

sekarang tidak lagi. i'm sooo looking forward for the next day. ok ini adalah menggatal tapi tak pe la. asalkan bersemangat. aku semakin rela untuk terus menggatal. hahaha. tak payah paham kn. sila abaikan.

i think, all these things happen after watching 17 again.

my lab mates n i went to watch tht movie last monday kalau tak silap since that day kitorang tak ada kerja sangat sebabnya itu adalah 1st day of lab. after membaham mekdi terus je tgk movie. my verdict, 9/10 and i didnt know that zac efron could be such a hotness..*drooling*. when he acted in high school musical, aku adalah tidak teringin langsung nk tgk cte tu. in fact, sampai skrg pon tak tengok. ape yang best sangat cte org menari sambil menyanyi? nmpak macam dipenuhi lelaki2 lembut je. sangat tidak mengujakan. but in this movie especially during tht part yang dia dh jadi muda dan telah bertukar imej sambil memandu kereta yang super cool...oh sila pass kan tissue sebab air liur telah meleleh. ok exaggerating disitu but thts my definition of hotness. heh.

sila jangan menjadi bimbo menonton movie smpai meleleh air liur dengan melihat jejaka kacak tapi tidak mengambil pengajaran dari movie tersebut. so, aku pon penat jadi bimbo maka aku pon mengambil pengajaran. pengajaran yang aku dapat adalah, jangan penyesali jalan/keputusan yang diambil. just make the best out of it coz u never knew what's waiting for u at the end of it. macam kena dengan situasi aku yang kerap mengomel dan merungut.

its like i've been enlightened. yela, xkesah la macam mana tahik sekali pon hidup anda. siapa tahu jika anda berusaha sedaya upaya, ketahikan itu akan hilang. sebab hidup kan macam roda, hari ini mungkin tahi, esok mungkin tidak tahi dah. (apasal banyak sangat word tahi ni. euww). but anyway, u got wut i mean?

dan selepas menonton cerita itu. aku rasa hidup aku makin ceria. betul2 macam aku menjadi sweet 17 semula. hah. macam tidak mahu cerita tapi wth. cerita je la. korang bukan tahu betul ke tak cerita ini. tah2 aku tipu korang hidup2. hahaha.

so nak dijadikan cerita dongeng. aku rase macam budak umur 17 tahun semula. banyak la peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas yang menyebabkan aku suka pergi lab. pastu aku rase macam tak payah balik rumah, tidur dekat lab pon aku rela. ok ni lagi super exaggerating la kan. so tak payah la aku cerita detail, korang bukan paham pon aku merapu ape. tapi itu la. macam dapat pencahayaan agung.

apa2 pon. i'm happy. ^______^

tahu tak apa yang aku selalu doakan? supaya Allah beri aku kegembiraan. dan aku rasa macam doa aku tu telah dimakbulkan. tak kesah la if mende ni tak permanent pon. tapi aku gembira sebab dah lama aku tak looking forward to something yang mana aku betul2 rasa sangat looking forward to. ok, ayat aku tunggang-langgang. paham sendiri dah la ye. dan yang paling penting, apa yang perlu aku lupa, aku lupa. walaupon bukan 100% lupa tapi ingat pon dah tak ada kesan ape2.

nora cakap, the opposite of love was not hate. it was apathy. and i guess its true.

so. life's good. ^_______^

kalau project berjalan lancar. result mantap seperti diharapkan. life will be double good.

oh korang tahu kan yang kfc dah keluarkan perisa baru? sapa dah try? aku dah try. biasa lah aku. tengok je iklan tu, terus aku jadi jakun cam orang bukit. tergedik2 nak makan kfc fiery crunch. malam tadi tah ape cerita dora ajak makan. pegi 3 orang je ngn mak. kesannya, pagi ni aku sakit perut gile. mmg fiery btul la. terbakar perut aku. dari pagi smpai tengahari macam beruk kena cili je aku rasa. tak sedap, tak payah la makan. silap2 kena cirit birit macam aku. so sila la jangan mencontohi jakun seperti aku. lagi sedap makan ayam mekdi. tapi ayam mekdi mahal. pastu tak de coleslaw dan whipped potato plak tu. kan bagus kalo ade pakwe tokey mekdi. hari2 aku belasah mekdi. cukup bulan aku signup masuk who's the biggest loser.

i wanna be someone new. i wanna be happy. and i wanna give the best in everything i do. dan yang penting, aku suka spongebob dan kawan2nya.

okla. you ppl have a great day ok.
semoga anda pon ceria2 selalu~

taa!

No comments: